Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri perlu disampaikan dengan jelas kepada rakyat, terutama penjawat awam.<br /><br />Beliau berkata, keputusan kerajaan tidak boleh terhenti di peringkat atasan tanpa disebarkan ke peringkat akar umbi, kerana hal itu boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.<br />
